Alhamdulillah SK Sembulan Kota Kinabalu akan bertanding untuk Pertandingan PSS Peringkat Negeri Sabah pada hari ini (Jumaat, 22/4/2016). Semoga urusan dipermudahkan.
Guru Cemerlang Pusat Sumber
Thursday, 21 April 2016
Thursday, 31 March 2016
Pusat Sumber Sekolah (Kabin) Tinggal Kenangan
Tempat Perjumpaan/taklimat ringkas @ Ruang Santai guru-guru
Ruang kerja guru PSS
buku-buku yang disusun cantik dalam rak-rak yang comel
kaunter PSS semasa di kabin ( biar pun sempit masih nampak cantik)
salah satu ruang di PSS Kabin
Tuesday, 1 December 2015
Selamat Bercuti
Saya ucapkan selamt bercuti kepada rakan-rakan guru. Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta, Saya ucapkan selamat bertemu kembali dengan info yang menarik untuk rakan-rakan guru.
Friday, 4 July 2014
Kepentingan Sesebuah Pusat Sumber
- Melengkapkan pendidikan dengan memberikan pelbagai jenis sumber maklumat yang berkaitan disamping menggunakan teknologi terkini untuk mengurus, mengakses dan menggunakan maklumat.
- Membantu program bacaan sekolah dan mendidik para pelajar untuk menguasai pelbagai bahasa dengan menwujudkan jalinan di antara kelas dan pusat sumber tambahan lagi untuk mewujudkan budaya membaca yang boleh dinikmati oleh para pelajar.
- Menyediakan pengurusan yang lengkap untuk sumber maklumat untuk digunakan dalam infrastruktur ICT oleh para guru dan pelajar.
- Menyediakan sebuah tempat yang kondusif, selesa, dan lengkap dengan sumber maklumat yang boleh digunakan untuk semua subjek pendidikan di sekolah.
- Menjadi nadi bagi menghidupkan pendidikan dan pembelajaran sesebuah sekolah.
Pusat Sumber Sekolah?
Pusat sumber pada asasnya, membantu sekolah untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Pusat sumber membantu dalam memupuk keyakinan untuk pembelajaran jangka panjang melalui perkhidmatan, koleksi dan program keilmuan. Pusat sumber memberikan para pelajar peluang untuk belajar, menikmati .
bacaan dan mencipta ilmu baru berdasarkan ilmu yang dipelajari.
bacaan dan mencipta ilmu baru berdasarkan ilmu yang dipelajari.
Sunday, 9 February 2014
Assalam.
Menjadi guru perpustakaan dan media (gpm) bukan setakat duduk menjaga perpustakaan atau jaga buku atau jaga murid-murid atau pelajar sewaktu guru berkenaan ada tugasan lain dan anak-anak muridnya dititip ke pusat sumber boleh guru pusat sumber jaga.Itulah pandangan guru atau pentadbiran yang kurang pengetahuan dan kurang kefahaman mengenai pusat sumber sekolah.
Cerita kawan saya,selepas guru pusat sumber (ps) sekolahnya berpindah tiada guru yang mahu mengganti tempatnya.Ps dibiar begitu sahaja sehinggalah penghujung tahun.Guru besarnya memaksa guru yang lantang mengkritik guru ps setiap kali mesyuarat menjadi guru ps dan lantikan tersebut berkuat kuasa serta merta.Saya begitu teruja mendengar ceritanya kerana asam garam gpm ni lebih kurang saja rasanya.Ceritanya lagi ,baru seminggu naik ke atas (sebab puasat sumbernya di tingkat 3 ) sudah mengamuk dan mukanya masam mencuka.Tak sempat rehat,tak tahu nak mula dari mana,murid sibuk nak masuk ps,Guru sibuk nak tanya BBM,guru sibuk nak pinjam kamus mana nak masuk kelas lagi dan macam-macam lagi rungutannya.Tersenyum saya mendengarnya.Masuk dua minggu sudah mula masuk bilik guru besar minta cari guru lain ganti tak tahan katanya.Ps itu bukan jiwanya.Jiwanya hanya mengajar.Sekarang guru itu mula sedar bahawa bukan semua guru boleh menjadi guru pusat sumber.

Monday, 26 November 2012
Secangkir Ingatan
Assalam.Bukan Mudah Untuk Menjadi Guru Cemerlang Dan Bukan Mudah Juga Untuk Menjadi Pusat Sumber Cemerlang.Semuanya Memerlukan Pengorbanan Titipan Waktu Perasaan Semangat Yang Kental Ketabahan Yang Tingg Kesabaran Yang Utuh Pengawalan Emosi Yang Stabil Dan Hubungan Sosial Yang Baik.Keutuhan Hubungan Dengan Allah Dan Kefahaman Yang Tinggi Dari Orang-Orang Yang Tersayang.Untuk Mencapai IQPSS 5 Bintang Bukan Mudah Seperti Yang Dilukis Jika Tidak Dengan Usaha Yang Berterusan Dan Resipi Seperti Di Atas Kejayaan Akan Menjadi Milik Saya Dan Anda Semua
Subscribe to:
Comments (Atom)